Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Showing posts with label buah berangan. Show all posts
Showing posts with label buah berangan. Show all posts

Sunday, March 21, 2010

Buah Berangan...


Assalamualaikum wbt.....

Buah berangan adalah sejenis buah berwarna coklat, kecil dan rasanya seperti biji cempedak yang di rebus.. Pernah makan tak??

Oh buah berangan.... Mula-mula saya tak tahu langsung makan buah berangan nih.... 

Dan mungkin saya takkan makan kalau tak ada orang yang perkenalkan atau belikan....

Nak di pendekkan cerita....

Masa Lab Environmental Impact Assessment, masa duk tunggu En Nizam (Pembantu Lab) untuk print borang field work kami....

Masa tuh yang ada dalam bilik tuh, Nadia,CT dan saya....

Ternampak lah atas meja dia paket buah berangan....

Mula-mula saya dok belek-belek jek.....

Lepas tuh Nadia try amek satu untuk makan....

En Nizam nih sangat friendly orangnya tapi kadang kala badmood jugak.. Ops.. Sori En Nizam..

Tengok macam sedap jek Nadia makan...

En Nizam siap ajar lagi cara-cara nak kopek buah berangan....

Tangan mulalah gatal ambil sebiji dan bukak...

Lama jugak lepas bukak tuh nak masuk dalam mulut.....

Okey! Akhirnya masuk juga dalam mulut....

Owh macam nih rupanya rasa dia...

Sedap!! Macam biji cempedak rebus...

Ambil lagi 1, kopek, makan....

Ambil lagi, kopek, makan...

Argghhh....

Sori En Nizam, dah tersuka plak kat buah berangan tuh....

Lagipun free pulak tuh....

Pape pun terima kasih kepada En Nizam kerana bagi kami makan buah berangan itu....

Lepas nih tak la saya pelik tengok buah berangan lagi...




Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers