Assalamualaikum wbt.
Sedih. Eh-eh, kejap-kejap. Orang sambut birthday patutnya happy kan? Okey switch mood happy. Tadi salah on mood. Aha.
Esok pengulam jantung dah janji nak bawa keluar ngedate. Tak tahu lah kali nih suprise pe pulak. Kita tunggu dan lihat ajelah yek.
Lagi beberapa jam jek angka 22 akan bertukar jadi 23. Owh, sudah tua. Masa umur nih akak saya yang nombor 4 dah dapat anak sulung. Dia yang paling awal kahwin. Berkahwin seawal umur 20 tahun. Salute lah!!
Saya dan nombor 7 (tujuh) memang sebati. Nak tahu? Jom saya cerita sikit.
Saya lahir - 10.07.1987
Pada pukul - 11.47 malam
Berat masa lahir - 3.70 kg
Tengok tuh. Semua ada nombor 7. Tapi iC saya tak ada. Sesape nak wish kat saya, silalah drop kat komen saya nih.
Alhamdulillah dan bersyukur kerana masih lagi boleh bernafas untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Mudah-mudahan.