Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Sunday, January 24, 2010

P ::dot:: S ::dot:: M

Assalamualaikum semua......

P dot S dot M atau nama panjangnya Pikir Sampai Mati atau Perasaan Sehingga Mati atau Perkahwinan Siang Malam atau Pihak Sindir Menyindir atau Pandai Sampai Mengong atau Perasan Siap Mungkin atau apa sahaja yang seangkatan dengannya.... Dengan makna yang sebenar PSM adalah merujuk kepada Projek Sarjana Muda... Ia adalah latihan untuk orang-orang muda seperti saya membuat sesuatu research sehingga kehilangan semua rambut di kepala.... Atau dalam konteks lainnya berhempap pulas sehingga mata berair, otak jem, tangan kaku dan kaki sengal-sengal..... Antara tabiat yang boleh dilihat atau di timbang tara semasa seseorang itu sedang melaksanakan PSM ialah;;

1. bercakap merepek merapu sambil makan kerepek

2. berfikir di luar batasan manusia normal

3. mula menerbitkan kata-kata yang tak sepatutnya terbit

4. waktu tidur telah lari dari jadual sebenar

5. mahu terasa menghantuk kan kepala ke tempat yang tak sepatutnya

6. mula merasa diri bangang sebab tak semua dapat diselesaikan dengan mudah

7. seperti mahu menukar tarikh dan waktu supaya semua itu berlaku dengan pantas dan tangkas.....

8. ...............................

(pandai-pandai andalah nak isi sendiri yek......) Bak kata Nabil, Lu Fikir La sendiri.. Assalamualaikum...

Eh tak habis lagi tau... 

Itulah dia penangan PSM... Rasanya orang bercinta pun tak parah 'no' macam nih... Nih memang dah tahap dewa dewi parah bebeno nih.... Tapi berharap lah yang encik/cik/puan/tuan/datuk/dato'/datin @ seangkatannya PSM  ini akan berjalan diselesaikan oleh kita semua... Walau berat mata memandang, berat lagi otak yang memikirkannya... Moga pengorbanan kita buat PSM ini akan beroleh hasil yang lumayan... Mana tahu boleh buat duit 1 hari nanti.... Keh3.... 

pesanan penaja:: Seberat mana ujian itu pasti satu hari nanti kita akan beroleh keuntungan.... amin....

Wednesday, January 20, 2010

teringat....

Assalamualaikum.....

Tiba-tiba saya teringat zaman PLKN saya....
Lagu ini dinyanyikan setiap pagi...
Dahulu di hafal...
Sekarang kene tengok skrip baru leh nyanyi....
Mari nyanyi...

Lagu Rasmi PLKN (Wira Wirawati)

Wira Wirawati Harapan Bangsa
Tiba Masa Kita Berjasa
Kita Sahut Cabaran Begerak Seiringan
Demi Mencapai Wawasan

Kenali Rakan Pelbagai Budaya
Selami Warisan Kita yang Kaya
Bersama Bergandingan Tiada Perbezaan
Kita Warga Malaysia

Berkhidmat Untuk Negara
Berbakti Penuh Setia
Satu Hasrat Satu Semangat
Satu Tekad Bersama

Kami Wira Wirawati Negara
Kini Masa Kami Berjaya
Kami Sahut Cabaran Bergerak Seiringan
Kami Pasti Mencapai Wawasan
Kita Sahut Cabaran

Bersama Berganding
Berkhidmat Untuk Negara..MALAYSIA!

p/s:: pas abes belajar nih nak try apply jadik jurulatih khidmat negara..

cerita di hospital...

Assalamualaikum bloggers semua...

Apa khabar? Sehat ke tak?? Harap-harap sehat lah ye....
Hari ni saya nk bercerita situasi saya keitika di hospital... Pagi tadi saya ke hospital kerana mempunyai temujanji dengan doktor pakar.. Biasalah orang sakit macam saya ni yang kena mengadap muka doktor bila tiba masanya... Saya cukup tak suka... Tapi apa boleh buat... Dua hari sebelum pergi appointment, Ibu saya telah menghantar mesej untuk mengingatkan saya... Kalau ikutkan hati malas bebeno saya nak pergi... Bunyi mesej Ibu "Jgn lupa pergi sepital".....
If saya tak pergi, sure saya akan mendengar ceramah free dari Ibu..... kebetulan pula hari yang saya perlu ke hospital, saya ada presentation hidrologi..... Nak dengar kata Ibu or nak pergi presentation hidrologi... Saya khabarkan pada pensyarah saya... DR AB LATIF... Dia kata it's ok... U can go... ok.. tapi tak tertanya pula saya adakah markah saya akan dideduct.. keluness..... Yang pasti saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat dua teman saya yang berada di dalam group saya... CASZ & KAK ANIS... Thanks sebab sanggup baca slide saya... TQVM.. Lain kali kalau kalian ada masalah akan saya bantu kalian.....

Okey3.. Sudah bersedia mendengar cerita dari hospital saya?? Biasalah kan kalo saya pergi hospital saya mesti jadik orang yang paling muda datang check-up... Saya dah lali dengan mata-mata yang memandang... Mesti dalam buah fikiran mereka berfikir cam nih "Budak nih muda-muda lagi dah sakit... kesian.." haish.. Ye ker dia orang fikir macam tuh?? Mungkin....

Bila dekat hospital biasalah kan nurse akan panggil nama pesakit untuk masuk ke bilik check-up... Nurse dengan bangga memanggil "Selasa....." Tiba-tiba saya terfikir, hari ni kan hari rabu.. bukan hari selasa.. Owh.. Saya silap... Nama pesakit itu Selasa... Ya Selasa... Saya ulang... "SELASA"... Okey.... Beberapa minit kemudian.... "Jumaat.... Jumaat...." Saya hampir nak tergelak... Ops.. tapi saya tak lah tergelak kat situ... Kurang ajar namanya tuh... Dalam satu hari saya dengar dua hari... haish... Nasib baik tak cukup set untuk satu minggu... Mau nyer saya tersembur gelak time tuh.... Tiba-tiba saya teringat nama bakal bapak mertua saya... Ithnin... Ya saya dah ada 3 hari...hehehe... Apa-apa aja saya nih.... Balik tuh akibat excited sangat mendengar nama-nama tersebut saya terus menelefon Ibu mencerita kan apa yang saya dengar tadi... Ibu pun turut tergelak....

Owh... Maafkan saya teman lelaki saya... Saya tak berniat nak mengaibkan nama bapa kamu...


p/s:: Nasib baik bukan nama teman lelaki saya begitu... Jika tidak saya akan set hari dating pada hari tuh saja... HAHAHA.. Ops sori again..

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers