Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Friday, January 28, 2011

Cincin untuk Aqma~

Assalamualaikum wbt.


Wah, mentang-mentang tak lama lagi bakal mak mertua nak sarung cincin. huhuhu. Bukan 1 tapi 2 sekali. ha, amek ko, kombo sekali. hehehe. Cincin risik plus cincin tunang sekali.

Mula-mula ingat nak suruh mak pengulam jantung datang merisik dulu. Then baru bertunang. Tapi pengulam jantung cakap nak sekali terus. Sebabnya mak pengulam jantung jaga anak along dia. So, susah plus tak sempat dan tak boleh lah nak bawak dorang pergi merisik.

Ibu pun bagi green light cakap boleh aje sekali terus. Ibu pun cakap meriah sikit sebab dapat 2 cincin sekali. huhuhu. Abah pula ikut aje. Tapi selalu jek cakap, "Kalau mintak cincin biar yang besar-besar sikit.". Alamak abah oi, tangan adik nih comel jek. Kang kalo besar gedabak, tak larat den nak jari kang. kuikuikui.


Minggu lepas balik kampung ingat sesaje jek. Tetiba pengulam jantung mesej ajak beli cincin. Berpinar mata baca mesej. Betul ke tak dia nih? Tengah ngingau ke? Aish, takkan ngingau tengahari buta. Dah tak sabar ke pengulam jantung nih. Uwaahahaha. Sebab saya pernah suarakan dekat pengulam jantung bahawa, satu, saya sangat takut tak ada saiz saya. Sebab jari saya nih comel cinonet jek. Kedua, sebab saya takut emas akan naik harga sehingga kita tak leh jangka. So, pe salah kalau beli dulu kan. kan-kan? Erk, ke saya yang tak sabar nih. huhhu


So, pergilah kami, bukan berdua atau bertiga tapi berenam. Saya, pengulam jantung, bakal mak mertua, bakal adik ipar dan 2 orang bakal anak sedara. Huh. nasib baik si tecik-tecik tuh duduk diam time saya, pengulam jantung dan bakal mak mertua duk pilih cincin. Pergi satu kedai jek sebab tak larat nak jenjalan banyak kedai. Nanti lagi lah rambang mata. kuikuikui.

Mula-mula pilih cincin risik. Huh. Mak mertua tengok yang belah rotan tapi semuanya macam tak cantik. Simple sangat. Then, mak mertua bagi green light bpilih yang berukir. huhu. Menjerit kegembiraan la. Sebab dia saya sangat tidak suka cincin belah rotan. huhhu. Lama gak kot pilih. Saya pilih yang comel-comel jek bila melekap kat jari nih. Mak mertua cakap tak sesuai. Pengulam jantung pun sama. Adeh, nih dah kompromi dari rumah ke nih. Saya buat-buat pilih yang gedabak sikit. Mak mertua cakap CANTIK! Pengulam jantung pun cakap CANTIK! OMG. Memang besar dan menyerlah.


Owh, hati berbelah bagi. Still sarungkan yang comel dengan yang besar mercerlang tuh tapi yang comel tetap tidak terpilih sebab comel sangat. Hukhuk. Akhirnya lepas tengok lelama, wah, Cantik!! Eh, nih ayat nak sedapkan hati or apa nih?


Cincin risik tuh lebih kurang macam kat bawah nih. Tak sama tapi lebih kurang kebesaran dia cam tuh la.


Hohoho.
Besar tak?
Cantik tak?
Ada lorek kan emas putih.
Lebih kurang macam nih lar.
Pape pun tunggu jek lah saya pakai nanti.


Then, pilih cincin tunang pulak. Mak mertua nak yang ada batu atas dia. Siap nak carikan batu intan. Owh, ini jenis batu berlian lama. So, tak da keluar lagi. Jadi kena pilih berlian. Bukan INTAN. Sangat konfius apa beza dia. Saya mencari yang comel-comel juga. Tang cincin nih lagi lama duk pilih dari cincin risik. Huh. Pengulam jantung nak yang comel-comel jek untuk jari saya. Tapi mak mertua nak yang batu dia nampak gempak dan tinggi. Saya tersepit di tengah. Aiyark!

Akhirnya, pilihan pengulam jantung berjaya. Dia cakap cantik. Saya on aje. Tak ada mahu membantah sangat. huhhu.


Cincin tunang tuh lebih kurang macam kat bawah nih. Lebih kurang okey. Kalau nak tengok yang real kena tunggu saya sarung kat jari 26 haribulan nanti. Wink! Wink!


Cincin tunang.
Cantik tak?



Actually nak carik macam kat bawah nih. Sangat-sangat suka. Tapi tak jumpa. Tak pe nanti leh carik dan beli sendiri macam nih.







GigaBite:: Sangat tidak sabar nak menyarung kedua-dua cincin tersebut. huhuhu. (T___T)





Wednesday, January 26, 2011

Lelaki dan cincin!

Assalamualaikum wbt.



Nak tahu tak kaitan lelaki dan CINCIN?


Meh tengok kat bawah nih.





Men wear 3 rings::


1: Engagement ring



2: Wedding ring




and.....................................


3: SUFFER ring



hehehehe.


GigaBite:: So, jangan lah memberatkan bakal suami anda. Ringan-ringan kan lah bebannya.
Peace No War!


credit to: pic cincin dari Habib Jewel, pic guy dari GOOGLE IMAGE.


Monday, January 24, 2011

MAMAT, the follower!

Assalamualaikum wbt.


Eh ada ke follower saya nama MAMAT?? Kalo ade sila angkat keyboard. uwahahaha.

Okey, okey. Macam nih cerita dia. Once upon a day, saya pergi berjalan-jalan. Tak da nak buat apa-apa di rumah jadik saya lebih prefer window shopping (bahasa sangat tunggang langgang kerana dah lama tak menulis.) Saya telah menyinggah (sekam la pulak) ke kedai tettt (eh, sebab tak mahu reveal nama kedai or sebab lupa?), sebab rasa macam nak cari sesuatu.

So, with the blurr face sebab tak tahu nak beli apa tapi rasa nak cari benda, masuk lah kedai tuh. Sambil berjalan meninjau-ninjau semua barang yang ada kat kedai tuh. At the same time seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. "Perlu ke tak benda nih?".

Sedang dok sedap-sedap belek-belek barang. (asal banyak ayat berganda?) rasa macam ada orang perhatikan. Buat buduh jek lah. Teruskan melangkah. Terasa seolah-olah ada yang mengikut. Ish. Pehal plak nih. Buat muka buduh dan toleh belakang. Seorang MAMAT, pekerja di situ mungkin. Tersengih. Tak balas pun senyum dia. Sebab rasa macam annoying jek. OMG!! Dia membontot ke mana saja saya pergi. Rimas! Itu jek yang mampu saya ungkap.


Then, kebetulan ternampak bakul letak shower things. Terus capai dan belek-belek untuk cari harga. Mana harga nih? Sambil tuh muka sangat confius. "Ye, awak cari apa?" Adeh. Sibuk! Sibuk! Menyibuk aje. Terus jawab "tak pe-tak pe". Bila dah dapat tahu harga dia terus pergi kaunter bayar. Rimas nak duk lelama dalam kedai tuh. Abis semua dia perhatikan apa yang saya buat. hohoho.


GigaBite:: Saya dan pengulam jantung tak suka masuk kedai yang ada orang suka membontoti kami. macam kami tak ada duit aja. If kami perlukan pape pun kami akan panggil per!. Argh.

Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun Baru!

Assalamualaikum wbt.


Selamat Tahun Baru semua!!!


Seingat saya, last saya update blog adalah tahun lepas. Tengok tuh. Lama gila saya tak update blog. Harap jek nak jadi blogger tegar. Tapi hampeh. Owh, maaf. Saya sedang marah diri sendiri. Tiada kaitan yang kaitan luar sana.


Last saya update tahun lepas kan? Owh, sungguh lama. Nantikan kemunculan saya di tahun baru ini. Ewah!




Akhir sekali nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!!




GigaBite:: Tungguuuuuuu!!!!

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers