Dear Readers~~


~WHERE THERE IS A WILL THERE IS A WAY~



Monday, March 8, 2010

Dugaan Berumahtangga...

Assalamualaikum wbt...

Tajuk malam nih agak berat sikit.... Berat juga bagi saya seorang yang bujang dan belum berkahwin lagi.... Bila?? Itu kita biarkan takdir yang menentukan.... Saya tiba-tiba berasa terpanggil nak buat post pasal nih sebab saya telah menerima mesej dari kakak saya... Dia tengah berkonflik dengan suaminya..... Kakak saya berkahwin dengan suami yang berasal dari tett (di rahsia kan atas sebab menjaga sensitiviti orang lain) kerana suka sama suka.... Namun siapa sangka kan biar pun kita mengenalinya sebelum ini dan kita juga menyintainya sebelum ini tapi apa pun mesti akan ada sedikit perubahan... mintak dijauhkan!

Kecewa sedikit dengan sikap abang ipar yang kadang-kala buat-buat tak tahu perihal keluarganya... Kadang-kadang geram sangat.... SANGAT!!! Yang di lebihkan adalah kawan daripada isteri dan anak-anaknya... Kesian kadang-kadang tengok anak-anaknya yang tak di bawa berjalan.... Saya sebagai mak saudara yang boleh lar di katakan prihatin, (masuk troli tolak sendiri nampak!) saya bawa mereka berjalan... Soal duit saya jarang ambil kira... Belikan barang yang mereka suka, baju yang mereka mahu dan bawa berjalan ke mana mereka suka.... Yang pasti walaupun mereka nakal saya tetap suka melayan mereka....

Tengah-tengah baring dan golek-golek atas katil kononnya nak lelapkan masa sekejap, terus tak jadi sebab mesej yang di hantar kakak betul-betul meruntun jiwa saya....

"Akak tensionlah dik... Abg*** tak faham kak.. akak byk keje... akhir-akhir nih perkara kecil pun leh gaduh..Akak rasa tak macam dululah...Mungkin ada kurangnya kot... nak nangis rasanya..."

Selesai jek baca mesej, air mata terus laju mengalir... Sah tak leh nak call balik Akak time nih... Saya cuma membalas begini::

"Sabar la kak... Mungkin dugaan buat akak.. Gaduh pasal pe?(sempat lagi tuh tanya) Patutnya dia kena faham akak, sikit pun tak apa... (Ayat lepas tuh censored sikit.. bla..bla..bla..)"

Beberapa minit kemudian dibalas dengan ini::

"Akak dah banyak sabar.. Kalau tak sabar dah lama pergi. Dia jek yang tak leh nak faham akak..Tak tahulah mana silapnya.. Tapi betul juga kata adik mungkin ujian untuk menduga kita."

Saya balas dengan::

"Sebagai seorang isteri kita memang perlu lebih sabar sikit. Bila ujian tuh Allah turunkan buat kita itu maknanya Allah masih sayangkan kita dan nak ingatkan kita tanggungjawab kita sebagai isteri."

Balas kakak::

"Yelah dik. Macam jumpa pakar perunding rumahtangga pula. Ha, nanti dah abis degree ambil master jadik pakar perunding okey..."

Saat mesej itu di balas saya tahu kakak saya sudah mula tersenyum kecil membaca mesej saya sebelum itu... Yes, saya berjaya membuatkan kakak kesayangan saya tersenyum!! Bahagianya saya.... Terbang seketika masalah kakak.....

Ada gaya-gaya pakar perunding rumahtangga ke saya nih??? Nih lah sebabnya bila  saya banyak membaca mengenai perihal rumahtangga, tu yang jadi macam nih....


GigaBite:: sesiapa rasa-rasa ada masalah hubungan boleh lah hubungi saya di talian... 0177562544.... dan anda tekan-tekan tak dapat.... Psssst... Nombor telefon terlalu rahsia untuk di revealkan... Jangan marah yek!


1 comment:

Cipina said...

kesian kakak kamu. biar dia luahkan masalah kat kamu mana tahu ringan sket kepala dia nak memikir. jangan bagi dia pendam. nanti makan diri

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers
PitaPata Cat tickers